Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Cencang Dua Segeragai
Maksud : Sekali jalan, dua tiga pekerjaan selesai.
Cencang Terdadik Jadi Ukir
Maksud : Kesalahan yang tidak disengajakan tetapi membawa kebaikan.
Cencaru Makan Petang
Maksud : Pekerjaan yang lambat tetapi mendatangkan hasil yang baik.
Cengkeling Bagai Ular Dipukul
Maksud : Bengkang-bengkong atau berbelit-belit.
Cepat Kaki Ringan Tangan
Maksud : Sangat cekap dan suka menolong.
Cepat Tangan Terjembakan, Cepat Kaki Terlangkahkan, Cepat Mulut Terkatakan
Maksud : Jika ingin melakukan sesuatu hendaklah memikirkan baik buruknya, …
Cerdik Bagai Ekor Kerbau
Maksud : Sindiran kepada orang yang melakukan sesuatu yang bodoh …
Cerdik Helang Bingung Si Kekek, Lamun Murai Kecoh Jua
Maksud : Biarpun cerdik atau bodohnya orang besar-besar, orang rendah …
Cerdik Membuang Kawan
Maksud : Orang kaya atau pintar yang tidak mahu menolong …
Cerdik Perempuan Melabuhkan, Cerdik Saudagar Muda Menghutangkan
Maksud : Perempuan yang tidak terpelajar hanya tahu mengusulkan tetapi …