Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Pepatah

Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai ringkasan perkataan berkert-kerat atau berpatah-patah.

Ada Ubi Ada Batas, Ada Hari Boleh Balas

July 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Sesiapa berbuat sesuatu tentu akan ada balasannya.

Categories Pepatah

Air Orang Disauk, Ranting Orang Dipatah, Adat Orang Diikut

July 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Patuh akan undang-undang tempat kita mencari rezeki.

Categories Pepatah

Ayam Bertelur Sebiji Riuh Sekampung, Penyu Bertelur Beratus Tiada Seorang Pun Tahu

July 26, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Mendapat kekayaan yang sedikit sudah dihebohkan sedangkan orang yang memang kaya tidak pula menghebahkannya.

Categories Pepatah

Ayam Menang, Kampung Tergadai

July 26, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Mendapat rezeki yang sedikit tetapi didatangi tagihan yang banyak, akhirnya terpaksa pula berhutang.

Categories Pepatah

Badan Bersaudara, Emas Takkan Bersaudara, Kasih Saudara Sama Ada

July 25, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Walau bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat dipisahkan kerana orang lebih mengutamakan harta benda. Ayat Contoh : Apabila harta pusaka mula dibahagikan, hubungan adik-beradik itu renggang kerana badan bersaudara, emas takkan bersaudara, kasih saudara sama ada.

Categories Pepatah

Bagai Aur Bergantung Ke Tebing, Bagai Tebing Bergantung Ke Aur

July 25, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Suami isteri atau persahabatan yang rukun dan saling menolong. Contoh Ayat : Walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu tetap hidup saling menyokong dan membantu antara satu sama lain, ianya bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur.

Categories Pepatah

Bagai Enau Dalam Belukar, Melepaskan Pucuk Masing-Masing

July 24, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Mementingkan diri sendiri dan tidak hidup bermasyarakat.

Categories Pepatah

Bagai Kambing Menanduk Bukit, Tanduk Patah Bukit Tak Runtuh

July 24, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Pekerjaan yang bukan sahaja sia-sia, malahan mendatangkan kerugian.

Categories Pepatah

Bagai Memegang Buah Kepantangan Beruk, Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapa

July 24, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Serba salah.

Categories Pepatah

Bagai Menggelikan Induk Ayam

July 23, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Memberanikan orang yang penakut.

Categories Pepatah
Older posts
Page1 Page2 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!