Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Diberi Sehasta Hendak Sedepa

Maksud : Diberi sedikit hendak banyak.

Dibilang Genap, Dipapar Ganjil

Maksud : Nampak pada zahirnya untung tetapi sebenarnya rugi.

Dicari Cempedak Di Bawah Kerambil

Maksud : Mencari tidak pada tempatnya.

Dicecah Orang Bagai Garam

Maksud : Perempuan yang baru sahaja berkahwin lalu bercerai.

Dicucuk Hidung

Maksud : Menurut saja.

Dicukur-Cukur Rambut, Tumbuh Juga Semula

Maksud : Tabiat jahat lambat-laun akan berbalik semula.

Didenda Dengan Emas Yang Habis, Dipancung Dengan Pedang Yang Hilang

Maksud : Dihukum dengan syaratnya sahaja untuk mencari perdamaian.

Didukung Disangka Orang Sakit, Kiranya Orang Kekenyangan

Maksud : Menolong orang tidak kena pada tempatnya.

Dielak Harimau, Gajah Tentu Dengan Londarnya, Dielakkan Untung, Tidak Tentu Londarnya

Maksud : Nasib yang tidak dapat ditentukan.

Digantung Kain Kotor Di Muka Pintu

Maksud : Perbuatan bodoh yang memalukan diri sendiri.

Previous Next