Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Dijemba-Jemba Bagai Bersiang, Dihela Surut Bagai Bertanam
Maksud : Mengatur sesuatu pekerjaan supaya berhasil baik.
Dijual Dahulu Maka Dibeli
Maksud : Difikir dahulu masak-masak barulah dikerjakan.
Dijual Sayak, Dibeli Tempurung
Maksud : Sama sahaja yang hilang dengan pengganti.
Dijunjung Merekah Kepala, Dipikul Runtuh Bahu
Maksud : Hukuman, peraturan, atau perintah yang sangat berat atau …
Dikatakan Berhuma Lebar, Sesapan Di Halaman
Maksud : Memegahkan kekayaan dan lain-lain tetapi tiada bukti kekayaan.
Dikembar Seperti Benang
Maksud : Perempuan yang menduakan suaminya.
Dikulum Menjadi Manikam, Dimuntah Menjadi Sekam
Maksud : Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.
Dikunyah Patah Gigi, Ditelan Sembelit
Maksud : Membuat sesuatu pekerjaan tanpa pengetahuan tentu sia-sia.
Dilahir Serupa Tidak, Dibatin Menggunting Angin
Maksud : Berpura-pura; zahirnya tidak suka tetapi hati hendak lebih …
Dilambai Tidak Nampak, Diseru Tidak Dengar
Maksud : Tidak mahu mendengar nasihat orang.