Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Di Mana Makan, Di Situ Berak
Maksud : Berbuat jahat di tempat mencari rezeki.
Di Mana Periuk Pecah, Di Situlah Tembikar Tinggal
Maksud : Seseorang itu akan dikuburkan di tempat dia mati.
Di Mana Ranting Dipatahkan, Di Situ Air Disauk
Maksud : Seseorang itu haruslah mengikut adat resam negeri yang …
Di Mana Semut Mati, Kalau Tidak Dalam Gula
Maksud : Manusia akan tertipu oleh pujuk rayu.
Di Mana Tumbuh, Di Situ Disiang
Maksud : Jika telah terjadi sesuatu perkara atau perselisihan, hendaklah …
Dimandikan Dengan Air Segeluk
Maksud : Pertolongan yang diberi tidak bererti kerana tidak mencukupi.
Diminta Tebu, Diberi Teberau
Maksud : Yang diminta dikabulkan tetapi kurang mutunya.
Dimudik Sebulatan, Dihilir Semuara
Maksud : Persatuan yang kukuh.
Dinding Terentas, Tangga Terpasang
Maksud : Bukti yang cukup untuk menyatakan sesuatu hal.
Di Padang Orang Berlari-Lari Di Padang Sendiri Berjengket-Jengket
Maksud : Seseorang yang hanya suka menerima hak orang lain …