Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Bak Bujang Jolong Berkeris
Maksud : Orang yang sombong kerana baru memperoleh kekayaan.
Bak Bujang Setahun Sudah Bertetak, Bak Gadis Setahun Sudah Memanjangkan Gombak
Maksud : Menjadi sombong kerana mendapat kemuliaan atau kekayaan.
Bak Cetus Api
Maksud : Orang yang terlalu cepat bekerja, berkata, atau bertindak.
Bak Jong Berat Sebelah
Maksud : Pertimbangan atau keputusan yang tidak adil.
Bak Kambing Rega Serial
Maksud : Perihal orang yang tidak senonoh kelakuannya, bercakap ke …
Bak Mandi Air Berkiambang, Pelak Lepas Gatal Pun Datang
Maksud : Benda yang diperoleh meskipun berguna tetapi kemudian mendatangkan …
Bak Menanti Orang Dahulu, Bak Melalah Orang Kemudian
Maksud : Membuat kerja yang sia-sia.
Bak Nyiru Bak Tampian, Bak Guru Bak Anak Sasian
Maksud : Murid-murid umumnya akan mencontohi kelakuan guru terutama yang …
Bak Orang Gombang Di Lebuh
Maksud : Elok di luar sahaja sedangkan di dalam hati …
Bak Pinang Dianduh, Putus Tali Ia Berdiri
Maksud : Melakukan pekerjaan kerana terpaksa.