Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Di Waktu Geruda Alah Oleh Ular
Maksud : Kiasan kepada waktu yang terlalu lama; zaman dahulu …
Dua Badan Senyawa
Maksud : Sehidup semati dan karib sekali.
Dua Ekor Gajah Berjuang, Seekor Kancil Mati Di Tengah
Maksud : Orang kecil yang mencampuri urusan orang besar-besar akhirnya …
Dua Kali Dua Empat
Maksud : Sama sahaja.
Dua Kali Lima Sepuluh
Maksud : Sama sahaja.
Duduk Berkelompok, Tegak Berpusu
Maksud : Mencari orang yang sama taraf dalam sesuatu majlis.
Duduk Berkisar, Tegak Berpaling
Maksud : Mungkiri janji atau tidak menepati janji.
Duduk Berkurung Siang Malam
Maksud : Orang yang tidak keluar-keluar dari rumahnya.
Duduk Dengan Cupak Dan Gantang
Maksud : Ketua yang adil.
Duduk Dengan Sukatan
Maksud : Orang yang kaya.