Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Hendak Panjang Terlalu, Patah
Maksud : Hendak sangat meninggikan diri akhirnya mendapat malu.
Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih
Maksud : Jika menghendaki sesuatu, bermacam-macam ikhtiar dapat dijalankan, sebaliknya …
Hendak Singa Di Tengah Padang Lagi, Daripada Ular Di Dalam Rumput
Maksud : Lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat …
Hendak Terbang Tiada Bersayap
Maksud : Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya.
Hendak Tinggi Terlalu Jatuh, Hendak Panjang Terlalu Patah
Maksud : Orang yang terlalu menginginkan kedudukan yang tinggi akan …
Hendak Ucok Dilawan Damai, Hendak Perang Digiling Peluru
Maksud : Tidak menolak kehendak musuh, bersedia menghadapi segala kemungkinan.
Hendak Ulam Pucuk Menjulai
Maksud : Beroleh sesuatu lebih daripada yang diharapkan.
Hidung Dicium, Pipi Digigit
Maksud : Kasih sayang yang pura-pura; menyembunyikan perbuatan jahat dengan …
Hidung Sudah Rampung Diatur
Maksud : Orang bodoh yang sombong, tidak sedar bahawa dirinya …
Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-Sorong
Maksud : Orang yang mencampuri urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri.