Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Jatuh Ke Atas

Maksud : Naik pangkat; memperoleh keuntungan.

Jatuh Ke Bawah

Maksud : Turun pangkat atau martabat.

Jatuh Terimpit Jenjang

Maksud : Mendapat kesusahan secara berturutan.

Jatuh Tidak Berkait (Berjolok)

Maksud : Memperoleh sesuatu tanpa diminta atau diusahakan.

Jauhari Juga Yang Mengenal Manikam

Maksud : Hanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui tentang …

Jauh Bau Bunga, Dekat Bau Tahi

Maksud: Berkasih-kasihan itu lebih mesra dan rapat sekiranya berjauhan. Apabila …

Jauh Berjalan Banyak Dilihat, Lama Hidup Banyak Dirasa

Maksud : Banyak pengalaman.

Jauh Boleh Ditunjukkan, Dekat Boleh Dikakokkan

Maksud : Kebenaran yang nyata; kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan …

Jauh Di Mata, Dekat Di Hati

Maksud : Walaupun jauh tetapi sentiasa diingati.

Jauh Di Mata, Di Hati Jangan

Maksud : Walaupun berjauhan, namun janganlah saling melupakan.

Previous Next