Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Kapak Tak Boleh Membelah Kayu Kalau Bukan Kayu Pula Yang Menjadi Hulunya

Maksud : Penganiayaan berlaku kerana bantuan orang dalam.

Kapal Besar Ditunda Jongkong

Maksud : Orang yang berkuasa menurut arahan orang bawahan.

Kapal Satu Nakhoda Dua

Maksud : Jika satu pekerjaan dikepalai oleh dua orang, rosaklah …

Kapuk Segaul Dengan Kapas, Bezanya Takkan Lepas

Maksud : Orang mulia dan orang hina walaupun serupa keadaannya, …

Kapur Di Hujung Telunjuk

Maksud : Tidak dapat menolong sanak saudara kerana terlalu miskin.

Karam Berdua Basah Seorang

Maksud : Dua orang yang bersalah tetapi seorang sahaja yang …

Karam Di Darat

Maksud : Mendapat bencana di tempat sendiri atau di tempat …

Karam Di Darat Ada Juga Tinggal Tungku Lekar, Karam Di Laut Habis Sekali

Maksud : Apabila mendapat kesusahan di tempat sendiri dapat juga …

Karam Di Laut Boleh Ditimba, Karam Di Hati Bilakan Sudah

Maksud : Gagal bercinta akan mengambil masa untuk sembuh.

Karam Sambal Oleh Belacan

Maksud : Mendapat kerugian disebabkan orang yang dipercayai atau dikasihi.

Previous Next