Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Kecambah Kayu Ara Takkan Jadi Pulut-Pulut

Maksud : Orang yang memang berani takkan jadi pengecut.

Kecek Anak Melaka

Maksud : Seseorang yang gayanya seperti orang berada, padahal serba …

Kecek Bagai Bunyi Merendang Kacang

Maksud : Percakapan yang tidak tentu butirnya.

Kecek Bagai Ketiak Ular

Maksud : Percakapan yang berpanjangan dan tidak berkeputusan.

Kecil Anak, Besar Onak

Maksud : Anak semasa kecil membahagiakan hati ibu bapa tetapi …

Kecil Api Menjadi Kawan, Besar Menjadi Lawan

Maksud : Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.

Kecil Bahan Besar Penempanya

Maksud : Belanja lebih banyak daripada penghasilan.

Kecil Dikandung Ibu, Besar Dikandung Adat, Mati Dikandung Tanah

Maksud : Kita hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Kecil Hutang Diansur, Habis Hutang Dibayar

Maksud : Kerja yang berat akan siap kalau dibuat secara …

Kecil Jangan Disangka Anak, Besar Jangan Disangka Bapa

Maksud : Pengetahuan dan kelebihan tidak khusus kepada orang-orang tua …

Previous Next