Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Koyak Baju Mahu Ukur Badan
Maksud : Merosakkan barang yang ingin dibaiki atau disempurnakan.
Koyak Tak Berbunyi
Maksud : Sesuatu keaiban yang berlaku dengan tidak diketahui orang.
Kuah Sama Dihirup, Sambal Sama Dicolek
Maksud : Bersama-sama ketika senang atau susah.
Kuah Tertunggang Ke Nasi, Nasi Akan Dimakan Juga
Maksud : Perkahwinan antara keluarga sendiri.
Kuat Akar Kerana Tunjang, Kuat Tunjang Kerana Akar
Maksud : Kelebihan sesuatu kaum itu kerana bermuafakat antara satu …
Kuat Berdiri Pohon Kerana Akarnya, Kuat Akar Kerana Tanah
Maksud : Kekuatan sesebuah kerajaan kerana orang besarnya, kuat orang …
Kuat Burung Kerana Sayap
Maksud : Setiap orang mempunyai kekuatan tersendiri.
Kucing Lalu, Tikus Tiada Berdecit Lagi
Maksud : Apabila orang yang ditakuti datang, orang yang bising …
Kuda Yang Baik Tidak Bercerai Daripada Pelananya
Maksud : Orang yang rajin sentiasa disuruh orang.
Kuda Yang Pantas Tiada Berkehendakkan Cemeti
Maksud : Orang yang rajin dan pandai, pekerjaannya tidak perlu …