Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Laksana Sampan Pukat

Maksud : Orang yang tidak pernah keluar jauh dari kediamannya.

Laksana Sebuku Gaharu, Sukat Dibakar Makin Berbau

Maksud : Memperlihatkan keunggulan apabila perlu sahaja.

Laksana Taji Dibentuk

Maksud : Kening yang elok.

Laksana Terung Bertunang Ikan Kering

Maksud : Perihal dua benda yang sangat sesuai.

Lalang Ditanam Takkan Tumbuh Padi

Maksud : Kejahatan yang dilakukan tidak mungkin dibalas dengan kebaikan.

Lalang Terbakar, Si Carik Menumpang Mati

Maksud : Mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain.

Lalat Memanglah Mencari Puru

Maksud : Lelaki jahat tentulah akan mencari perempuan yang jahat …

Lalu Hangus, Surut Layu

Maksud : Serba salah; buat salah tidak buat pun salah.

Lalu Penjahit Lalu Kelindan

Maksud : Apabila usaha yang pertama berhasil, usaha yang berikutnya …

Lama Hidup Banyak Dirasa, Jauh Berjalan Banyak Dilihat

Maksud : Orang tua yang banyak pengetahuan dan pengalaman hidup.

Previous Next