Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Kokok Berderai-Derai, Ekor Bergelumang Tahi

Maksud : Orang yang bercakap besar sedangkan keluarganya sendiri melarat …

Korek Lubang Ulat

Maksud : Sengaja mencari perbalahan.

Kotor Dicuci, Berabu Dicentik

Maksud : Segala yang tidak baik hendaklah dilupakan.

Koyak Baju Mahu Ukur Badan

Maksud : Merosakkan barang yang ingin dibaiki atau disempurnakan.

Koyak Tak Berbunyi

Maksud : Sesuatu keaiban yang berlaku dengan tidak diketahui orang.

Kuah Sama Dihirup, Sambal Sama Dicolek

Maksud : Bersama-sama ketika senang atau susah.

Kuah Tertunggang Ke Nasi, Nasi Akan Dimakan Juga

Maksud : Perkahwinan antara keluarga sendiri.

Kuat Akar Kerana Tunjang, Kuat Tunjang Kerana Akar

Maksud : Kelebihan sesuatu kaum itu kerana bermuafakat antara satu …

Kuat Berdiri Pohon Kerana Akarnya, Kuat Akar Kerana Tanah

Maksud : Kekuatan sesebuah kerajaan kerana orang besarnya, kuat orang …

Kuat Burung Kerana Sayap

Maksud : Setiap orang mempunyai kekuatan tersendiri.

Previous Next