Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Laksana Cempedak Mambung, Pulur Saja Jual Tak Laku
Maksud : Perempuan gemuk yang tidak disukai orang.
Laksana Golok Kayu, Ditetak Tak Makan Dijual Tak Laku
Maksud : Pengetahuan yang tidak mencukupi tiada gunanya.
Laksana Janda Baru Bangun Tidur
Maksud : Perempuan yang sangat menarik hati lelaki.
Laksana Jentayu Menantikan Hujan
Maksud : Sangat rindu.
Laksana Kaca Terhempas Ke Batu
Maksud : Satu pengharapan yang musnah.
Laksana Kain Putih
Maksud : Pekerti seseorang yang mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Laksana Kasihkan Bunga Seceper, Terbuang Bunga Sekaki
Maksud : Mahu menjaga yang banyak sehingga terlepas yang di …
Laksana Katak, Diharung Ular
Maksud : Berlari lintang-pukang kerana ketakutan.
Laksana Katak, Sedikit Hujan Banyak Bermain
Maksud : Orang yang suka membesar-besarkan perkara yang kecil.
Laksana Kodok Ditimpa Kemarau
Maksud : Sangat gelisah dan berasa keluh-kesah.