Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Licin Bagai Basuh Perahu

Maksud : Menderita kerugian.

Licin Bagai Belut

Maksud : Orang yang tidak mudah ditipu atau diperangkap.

Licin Kerana Minyak Berminta, Elok Kerana Kain Berselang

Maksud : Sindiran untuk merendahkan seseorang yang angkuh dan sombong …

Lidah Bercabang Bagai Biawak

Maksud : Selalu berubah dan tidak boleh dipercayai kata-katanya.

Lidahnya Masin

Maksud : Perkataannya itu diturut dan permintaannya diterima.

Lidah Terkalang

Maksud : Tidak dapat membantah kerana terhutang budi.

Lidah Tidak Bertulang

Maksud : Mudah berjanji dan mudah memungkirinya.

Lidah Tidak Bertulang, Salah Petik Jiwa Hilang

Maksud : Orang mendapat kemalangan kerana tidak menjaga tutur katanya.

Limau Masak Seulas

Maksud : Mempunyai kelebihan seperti orang lain.

Linggi Diserang Riau Yang Alah

Maksud : Menyerah tanpa berjuang.

Previous Next