Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Asal Sabut Timbul, Asal Batu Tenggelam
Maksud : Kalau bernasib baik tentu selamat, kalau tidak bernasib …
Asal Selamat Sampai Ke Seberang, Biar Bergantung Di Ekor Buaya
Maksud : Sangat memerlukan sesuatu sehingga sanggup mendapatkan pertolongan yang …
Asal Terbang Burunglah, Asal Berenang Ikanlah
Maksud : Lelaki yang tidak memilih kasih, asal perempuan jadilah.
Asing Lubuk, Asing Ikannya
Maksud : Orang yang datang dari tempat yang berbeza.
Asing Orang Berlainan Pendapat
Maksud : Setiap manusia mempunyai pendapat sendiri.
Asing Maksud, Asing Sampai
Maksud : Lain yang diharapkan, lain yang diperoleh.
Asyik Memangku Tangan, Mati Dalam Angan-Angan
Maksud : Tidak akan tercapai hasrat kalau tidak mahu berusaha.
Atap Rumbia Perambung Upih
Maksud : Sesuatu yang baik dicampurkan dengan yang buruk.
Aur Ditanam Betung Tumbuh
Maksud : Mendapat keuntungan besar dengan modal yang sedikit.
Aus Telunjuk Mencolek Garam
Maksud : Terlalu miskin.