Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Manikam Sudah Menjadi Sekam
Maksud : Tidak berharga atau berguna lagi.
Manis Seperti Gula Jawa
Maksud : Sesuai dalam semua hal.
Manis Mulutnya Seperti Santan Manisan, Di Dalam Bagai Hempedu
Maksud : Perkataan yang manis dan bersopan biasanya berisi tipu …
Mara Jangan Dipukat, Rezeki Jangan Ditolak
Maksud : Bahaya atau kesusahan jangan dicari.
Marahkan Telaga Yang Kering, Timba Dipecahkan
Maksud : Marahkan orang yang tidak mampu menolongnya lalu memusnahkan …
Masak Buah Rumbia
Maksud : Perihal sesuatu yang mustahil terjadi.
Masak Di Luar, Mentah Di Dalam
Maksud : Nampak baik tetapi sebenarnya jahat.
Masak Malam, Mentah Siang
Maksud : Sesuatu perkara yang telah dipersetujui, tetapi kemudian berubah …
Masam Bagai Nikah Tak Suka
Maksud : Berdukacita kerana diperlakukan tidak menurut kehendak hatinya.
Masih Berbau Pupuk Jerangau
Maksud : Belum ada pengalaman.