Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Mengembangkan Ketiak Hamis

Maksud : Memberitahu keburukan diri atau keluarga sendiri.

Mengena-Ngenakan Baju Di Badan Maka Sesuai

Maksud : Menimbang-nimbangkan baik atau buruk perbuatan orang lain berasaskan …

Mengenal Diri Bagai Pisang Lebat

Maksud : Beroleh bencana kerana keangkuhan diri.

Mengendap Di Balik Lalang Sehelai

Maksud : Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang.

Mengepit Daun Kunyit

Maksud : Memuji diri sendiri.

Mengepit Kepala Harimau

Maksud : Menakut-nakutkan orang dengan menggunakan nama orang berkuasa.

Mengerami Telur Orang

Maksud : Mengahwini perempuan yang telah mengandung.

Menggadai Terdorong Ke Pajak, Sehari Sebulan Juga

Maksud : Sesuatu perbuatan yang terlanjur walaupun kecil, akibatnya sama …

Menggalang Leher Minta Disembelih

Maksud : Sengaja mencari bahaya.

Menggali Paya Menambak Bukit

Maksud : Membantu orang kaya dengan menindas orang miskin.

Previous Next