Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Payah-Payah Dilambung Ombak, Tercapai Juga Tanah Tepi
Maksud : Setelah lama menanggung susah akhirnya terlepas daripada sengsara …
Pecah Bunyi, Buruk Berita
Maksud : Kejadian yang kecil menjadi seolah-olah besar kerana diperbesar …
Pecah Buyung, Tempayan Ada
Maksud : Hilang satu masih ada gantinya.
Pecah Kapi, Putus Suai
Maksud : Sesuatu yang tidak dapat diperbaiki lagi.
Pecah Menanti Sebab, Retak Menanti Belah
Maksud : Hanya menanti masa untuk membalas dendam.
Pecah Periuk Nasinya
Maksud : Hilang mata pencariannya.
Pecah Tempayan Pekasam, Muka Terconteng Arang
Maksud : Mendapat malu besar kerana kejahatan telah diketahui orang.
Pedas-Pedas Sambal Lada
Maksud : Di sebalik keperitan itu tersembunyi sesuatu yang menggembirakan.
Pekak Pembakar Meriam
Maksud : Sesuatu yang mendapat tempat yang sesuai.
Pelabur Habis Buruan Tak Jatuh
Maksud : Biaya banyak habis tetapi maksud tak tercapai.