Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Mercun Buluh Senapang Bambu, Kepada Saya Jangan Dituju
Maksud : Menggertak dengan sesuatu yang kosong.
Merebut Temiang Pecah
Maksud : Bergaduh sehingga cedera kerana merebutkan sesuatu.
Merekah Diri Bak Buah Delima
Maksud : Membuka rahsia diri sendiri.
Merenangi Laut Lepas
Maksud : Pergi merantau tanpa tujuan.
Meriba Puan Kosong
Maksud : Berkahwin dengan gadis yang telah rosak maruahnya.
Meruncing Tanduk Kerbau
Maksud : Memberi perangsang kepada orang yang memang jahat.
Meski Ke Langit Akan Menjemur, Kalau Hari Tidak Panas Tidak Juga Kering
Maksud : Jika nasib tidak baik, walau bagaimana sekalipun usaha …
Meskipun Tertimbun Di Dalam Tanah, Namun Teras Timbul Juga
Maksud : Orang yang berbudi baik itu sekalipun dalam keadaan …
Mimpi Permainan Tidur
Maksud : Jangan percaya kepada mimpi.
Minta Darah Pada Daing
Maksud : Meminta pertolongan daripada orang yang tidak berupaya untuk …