Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Mudah Jua Pada Yang Ada, Sukar Jua Pada Yang Tidak
Maksud : Orang kaya dapat memenuhi apa-apa jua keperluan, sedangkan …
Mudah Luka Payah Sembuhnya
Maksud : Mencari perselisihan sangat mudah tetapi untuk mendamaikan amat …
Mujur Pak Belalang
Maksud : Beruntung secara kebetulan.
Mujur Sepanjang Hari, Malang Sekejap Mata
Maksud : Malang yang tidak dapat dielakkan.
Muka Berconteng Arang
Maksud : Mendapat malu.
Muka Licin Ekor Berkedal
Maksud : Baik pada lahirnya sahaja tetapi hatinya tidak.
Muka Yang Berminyak
Maksud : Muka yang tidak pucat dan ceria.
Mulut Bawa Madu, Pantat Bawa Sengat
Maksud : Orang yang manis kata-katanya, tetapi hatinya jahat.
Mulut Hang Lebih Daripada Gedembai
Maksud : Mulut yang celopar itu akan membinasakan diri sendiri.
Mulut Kamu Harimau, Kamu Mengerkah Kepala Kamu
Maksud : Kata-kata sendiri yang membinasakan diri.