Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Paksa Terkukur Padi Rebah, Paksa Tikus Lengkiang Terbuka

Maksud : Sesuatu yang selalu dicita-citakan.

Paku Sebatang, Kuat Bunyi Tukul Bertalu-Talu

Maksud : Bercakap besar tetapi bukti kerja tidak ada.

Panas Hari, Kacang Lupa Akan Kulitnya

Maksud : Melupakan orang yang menolongnya setelah hidupnya senang.

Panas-Panas Tahi Ayam

Maksud : Serius atau bersungguh-sungguh seketika sahaja.

Panas Selamanya Tidak Sampai Petang

Maksud : Kesenangan itu tidak abadi.

Panas Setahun Dihapuskan Oleh Hujan Sehari

Maksud : Kebaikan yang banyak akan hilang oleh kesalahan yang …

Panas Setahun Hujan Sehari, Liput Tanjung Dengan Pulau

Maksud : Jasa atau kebaikan yang banyak, hilang oleh kesalahan …

Panas Tidak Sampai Ke Petang

Maksud : Sesuatu yang baik tidak akan kekal selamanya.

Pandai Berminyak Air

Maksud : Pandai berpura-pura kerana sesuatu maksud.

Pandai Makan Pandai Simpan

Maksud : Pandai buat jahat, pandailah menyimpan rahsia kejahatan itu.

Previous Next