Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Pecah Tempayan Pekasam, Muka Terconteng Arang
Maksud : Mendapat malu besar kerana kejahatan telah diketahui orang.
Pedas-Pedas Sambal Lada
Maksud : Di sebalik keperitan itu tersembunyi sesuatu yang menggembirakan.
Pekak Pembakar Meriam
Maksud : Sesuatu yang mendapat tempat yang sesuai.
Pelabur Habis Buruan Tak Jatuh
Maksud : Biaya banyak habis tetapi maksud tak tercapai.
Pelanduk Di Cerang Rimba
Maksud : Gelisah kerana ketakutan atau kesusahan.
Pelanduk Dua Serupa
Maksud : Orang yang seakan-akan sama rupanya.
Pelanduklah Yang Melupakan Jerat Tetapi Jerat Tidak Lupakan Pelanduk
Maksud : Orang mudah lupa akan bahaya tetapi bahaya tetap …
Pelepah Bawah Luruh, Pelepah Atas Jangan Gelak
Maksud : Mestilah ingat bahawa semua yang hidup, mati juga …
Pelita Kehabisan Minyak
Maksud : Berwajah muram kerana berdukacita.
Peluru Perak Pemecah Kubu Yang Kuat
Maksud : Wang ringgit dapat memecahkan rahsia yang sulit-sulit.