Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Bagai Bunyi Siamang Kenyang

Maksud : Banyak cakap setelah mendapat kesenangan.

Bagai Cekur Jeringau Di Ubun-Ubun

Maksud : Umur masih terlalu muda tetapi ingin berumah tangga.

Bagai Cembul Dapat Tutupnya

Maksud : Mendapat sesuatu yang sangat sesuai.

Bagai Cendawan Disesah

Maksud : Pucat lesi rupanya.

Bagai Cendawan Kememeh

Maksud : Sangat mudah menangis.

Bagai Cendawan Tumbuh Selepas Hujan

Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Bagai Cepu Dengan Tudungnya

Maksud : Sesuai benar; sangat cocok.

Bagai Dakwat Dengan Kertas

Maksud : Saling mencintai dan memerlukan.

Bagai Dekan Di Bawah Pangkal Buluh

Maksud : Seseorang yang pandai menyimpan rahsia.

Bagai Denai Gajah Lalu

Maksud : Kerosakan yang besar.

Previous Next