Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Bagai Gadis Julung Menumbuk

Maksud : Sangat rajin dan bersungguh-sungguh.

Bagai Galah Dijual

Maksud : Sudah habis hartanya kerana berjudi atau sebagainya.

Bagai Galah Di Tengah Arus

Maksud : Sangat gementar, keluh-kesah, dan gelisah.

Bagai Garam Jatuh Ke Air

Maksud : Ajaran atau nasihat yang mudah diterima dan masuk …

Bagai Gelegar Buluh

Maksud : Bercakap besar.

Bagai Gelombang Dua Belas

Maksud : Kehebatan pendekar ketika menarikan pedang.

Bagai Geluk Tinggal Di Air

Maksud : Orang yang melarat yang hanya mengharapkan bantuan orang.

Bagai Gembala Diberi Keris

Maksud : Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna baginya.

Bagai Gergaji Bermata Dua

Maksud : Orang yang menerima keuntungan daripada kedua-dua belah pihak.

Bagai Hantu Makan Dedak

Maksud : Berungut-rungut dengan tiada sebabnya.

Previous Next