Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Bagai Kepiting Batu
Maksud : Sangat bakhil atau kedekut.
Bagai Kera Dapat Canggung
Maksud : Tidak renggang-renggang dari tempat menerima bantuan.
Bagai Kera Diberi Kaca
Maksud : Mendapat sesuatu yang tidak diketahui kegunaannya.
Bagai Kerakap Atas Batu, Hidup Enggan Mati Tak Mahu
Maksud : Hidup melarat dan miskin.
Bagai Kerbau Runcing Tanduk
Maksud : Orang yang terkenal oleh kejahatannya sehingga orang lain …
Bagai Kerbau Terkejut Oleh Gong
Maksud : Tercengang-cengang kehairanan.
Bagai Keroncor Dengan Belangkas
Maksud : Persahabatan atau percintaan yang sangat mesra dan kasih-mengasihi.
Bagai Kiambang Dilempar
Maksud : Bersurai seketika dan kemudian berkumpul semula.
Bagai Kilat Senja, Bagai Petir Tunggal
Maksud : Perihal kepantasan dan kegagahan seorang pahlawan.
Bagai Kinantan Hilang Taji
Maksud : Orang yang bijak, kaya, dan ada pelbagai kelebihan …