Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Beralang-Alang Bagai Sampah Dalam Mata

Maksud : Suatu penghinaan yang sentiasa diingatan.

Beralih Kain Di Balik Rumah, Beralih Cakap Di Balik Lidah

Maksud : Tidak menepati janji.

Beranak Kandung Beranak Tiri; Ada Bersudu Daun Labu, Ada Bersudu Daun Lalang

Maksud : Sikap tidak adil.

Beranak Tiada Berbidan

Maksud : Mendapat susah kerana kebodohan sendiri.

Berandam Sesayak Dibawa Ke Dulang, Biasa Di Awak Ke Orang

Maksud : Orang yang suka mencela orang lain yang melakukan …

Berani Buat Berani Tanggung

Maksud : Jika berani melakukan pekerjaan yang salah di sisi …

Berani Hilang Tak Hilang, Berani Mati Tak Mati

Maksud : Mengerjakan sesuatu hendaklah dengan keberanian.

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah

Maksud : Berani bertindak kerana merupakan pihak yang benar.

Berani Menjual Berani Membeli

Maksud : Bukan sahaja pandai menyuruh, bahkan pandai juga membuatnya.

Berani Senduk Pengedang, Air Hangat Direnanginya

Maksud : Berani yang membuta tuli.

Previous Next