Kamus Peribahasa Melayu
Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini
Bergendang Paha
Maksud : Bergembira kerana orang lain mendapat kesusahan.
Berguru Kepalang Ajar, Bagai Bunga Kembang Tak Jadi
Maksud : Ilmu yang dituntut tidak sempurna, tidak ada faedahnya.
Berhakim Kepada Beruk
Maksud : Meminta hukum daripada orang yang tamak.
Berhati Baja, Berurat Kawat
Maksud : Orang yang tabah serta keras hati.
Beriak Tanda Tak Dalam, Bergoncang Tanda Tak Penuh
Maksud : Orang yang sombong dan bercakap besar itu biasanya …
Beri Barang Ke Tangan Kera
Maksud : Menyerahkan sesuatu kepada orang yang akan merosakkannya.
Berjalan Dari Pintu Belakang
Maksud : Tidak mengikut peraturan yang ditentukan; tidak jujur.
Berjalan Jauh Banyak Dilihat
Maksud : Orang yang banyak merantau banyak mendapat pengalaman.
Berjalan Peliharakan Kaki, Berkata Peliharakan Lidah
Maksud : Melakukan sesuatu kerja hendaklah berhati-hati.
Berjalan Sampai Ke Batas, Belajar Sampai Ke Pulau
Maksud : Hendaklah mengerjakan sesuatu pekerjaan itu sehingga selesai.