Kamus Peribahasa Melayu

Cari maksud dan contoh ayat peribahasa Melayu dengan pantas disini

Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni

Maksud : Sepakat atau seia sekata dalam susah dan senang.

Bukit Sudah Menjadi Busut

Maksud : Orang berpangkat telah diturunkan pangkatnya.

Bulan Mengambang Dikandung Awan

Maksud : Lelaki yang merindui perempuan yang sudah diambil oleh …

Bulan Naik Matahari Naik

Maksud : Mendapat untung dan bahagia dari kiri dan kanan.

Bulan Terang Paksa Baik; Payang Ke Laut, Biduk Pun Ke Laut Juga

Maksud : Ketika negara makmur, rakyat berlumba-lumba mencari keuntungan.

Bulang Sali Kacak Sama, Tinggal Lagi Mujur Malangnya

Maksud : Sama-sama kuat, kalah menang bergantung pada nasib.

Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Kata Kerana Muafakat

Maksud : Keputusan sebulat suara akan tercapai sekiranya bersepakat.

Bulat Bersegi, Bersanding Melukai

Maksud : Orang yang nampaknya lurus tetapi tidak dapat dipercayai.

Bulat Boleh Digilingkan, Pipih Boleh Dilayangkan

Maksud : Benar-benar sudah muafakat.

Bumi Mana Yang Tidak Pernah Ditimpa Hujan

Maksud : Setiap manusia pernah melakukan kesilapan.

Previous Next