Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

admineperibahasa

Contoh Kepada Yang Sudah, Mengambil Tuah Kepada Yang Menang

July 12, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Sesuatu yang hendak ditiru itu mestilah diambil daripada contoh yang dapat memberikan hasil yang baik.

Categories Peribahasa

Corak Kain Mengikut Kehendak Penenunnya

July 12, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Undang-undang sesebuah negara itu mengikut kehendak pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya.

Categories Peribahasa

Cuba-Cuba Menanam Mumbang, Jika Hidup Turus Negeri

July 12, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Tetap meneruskan sesuatu pekerjaan kerana mungkin akan mendatangkan hasil lumayan.

Categories Peribahasa

Cubit Daging Sendiri Sebelum Mencabut Daging Orang

July 12, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Fikirkan dahulu sebelum menyakiti orang lain.

Categories Peribahasa

Cubit Paha Kanan, Paha Kiri Pun Sakit Juga

July 12, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kiranya seseorang itu merosakkan kaum keluarganya sendiri, dia pun akan merasai kesusahannya juga.

Categories Peribahasa

Cubit Paha Sendiri Dahulu, Baru Cubit Paha Orang Lain

July 12, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Pandang kesalahan diri dahulu sebelum memperkatakan kesalahan orang lain.

Categories Peribahasa

Cupak Asli Bukan Cupak Buatan

July 12, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Adat turun-temurun, bukan adat yang baru dibuat.

Categories Peribahasa

Cupak Diubah Orang Datang

July 12, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Adat yang telah diubah oleh orang asing.

Categories Peribahasa

Cupak Sudah Tertegak, Suri Sudah Terkembang

July 12, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Telah lama adat atau cara-cara tentang sesuatu pekerjaan.

Categories Peribahasa

Cupak Tegak Yang Diisi

July 12, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Aturan yang masih diamalkan, itulah yang dipatuhi.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page102 Page103 Page104 … Page367 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!