Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

admineperibahasa

Gajah Harimau Di Hutan Hendak Diburu, Pijat-Pijat Di Bantal Tak Dapat Dihapuskan

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tidak dapat diatasi.

Categories Peribahasa

Gajah Lalu Dibeli, Kosa Tak Terbeli

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Pekerjaan yang besar dapat dibuat tetapi pekerjaan kecil yang menjadi sokongan kepada pekerjaan besar itu tidak terbuat.

Categories Peribahasa

Gajah Lalu Kumpai Layu

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang besar yang memperlihatkan kekuasaannya dengan tindakan yang tidak adil.

Categories Peribahasa

Gajah Mati Dicatuk Katak

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang besar dikalahkan oleh orang yang kecil dan lemah.

Categories Peribahasa

Gajah Mati Kerana Gadingnya

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Seseorang mendapat kemalangan kerana kelebihan atau keunggulannya.

Categories Peribahasa

Gajah Mati Meninggalkan Tulang, Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang baik akan meninggalkan nama yang baik dan orang jahat akan meninggalkan nama jahat.

Categories Peribahasa

Gajah Mati, Tulang Setimbun

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang kaya yang mati akan meninggalkan harta yang banyak.

Categories Peribahasa

Gajah Memamah Aris, Baik Diikat Kera Kecil Yang Memakan Buah Kayu

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Daripada mengharapkan yang besar dan menyusahkan, baik diterima sahaja yang kecil dan tidak menyusahkan.

Categories Peribahasa

Gajah Pengangkut Lada, Kuda Pelejang Bukit

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Anak muda yang menjadi perkakas atau pesuruh orang.

Categories Peribahasa

Gajah Rompong Belalai

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Raja yang tidak berkuasa.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page129 Page130 Page131 … Page367 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!