Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

admineperibahasa

Hendak Panjang Terlalu, Patah

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Hendak sangat meninggikan diri akhirnya mendapat malu.

Categories Peribahasa

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Jika menghendaki sesuatu, bermacam-macam ikhtiar dapat dijalankan, sebaliknya jika tidak mahu pelbagai alasan diberikan.

Categories Peribahasa

Hendak Singa Di Tengah Padang Lagi, Daripada Ular Di Dalam Rumput

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di tempat sulit.

Categories Peribahasa

Hendak Terbang Tiada Bersayap

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya.

Categories Peribahasa

Hendak Tinggi Terlalu Jatuh, Hendak Panjang Terlalu Patah

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang terlalu menginginkan kedudukan yang tinggi akan jatuh atau kecewa juga akhirnya.

Categories Peribahasa

Hendak Ucok Dilawan Damai, Hendak Perang Digiling Peluru

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Tidak menolak kehendak musuh, bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Categories Peribahasa

Hendak Ulam Pucuk Menjulai

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Beroleh sesuatu lebih daripada yang diharapkan.

Categories Peribahasa

Hidung Dicium, Pipi Digigit

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kasih sayang yang pura-pura; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik.

Categories Peribahasa

Hidung Sudah Rampung Diatur

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang bodoh yang sombong, tidak sedar bahawa dirinya diperbodohkan oleh orang lain.

Categories Peribahasa

Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-Sorong

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang mencampuri urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page141 Page142 Page143 … Page367 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!