Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

admineperibahasa

Ikan Terkilat Jala Tiba

June 30, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Cepat menangkap maksud cakap orang atau walaupun belum habis disoal sudah dijawab; tindakan yang cepat.

Categories Peribahasa

Ikat Boleh Diubah, Takuk Bagaimana Mengubahnya

June 30, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Payah untuk mengubah tabiat orang.

Categories Peribahasa

Ikhtiar Menjalani, Untung Menyudahi

June 30, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Usaha mestilah dijalankan untuk mencapai maksud, berhasil atau tidak terserah pada nasib.

Categories Peribahasa

Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa, Ikut Mata Buta

July 4, 2026June 30, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa.

Categories Bidalan

Ikut Hukum Memiat Daging, Sakit Di Awak Sakitlah Di Orang

June 30, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Hendaklah berlaku adil apabila menjalankan sesuatu perintah.

Categories Peribahasa

Ikut Nafsu Lesu

June 30, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Ikutan hawa nafsu akan merosakkan diri sendiri.

Categories Peribahasa

Ilmu Padi, Makin Berisi Makin Tunduk

June 30, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Semakin banyak ilmu dan semakin tinggi pangkat tetapi semakin merendah diri.

Categories Peribahasa

Ilmu Tanpa Agama, Buta

June 30, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Ilmu hendaklah disertai dengan keyakinan agar menjadi ilmu yang mantap.

Categories Peribahasa

Ilmu Yang Tidak Diamal, Ibarat Pokok Tidak Berbuah

June 30, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Ilmu hendaklah dimanfaatkan agar tidak sia-sia.

Categories Peribahasa

Inai Tertepung, Kuku Tanggal

June 30, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kerja telah siap, tetapi faedahnya tidak didapati kerana berlaku sesuatu hal.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page150 Page151 Page152 … Page367 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!