Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

admineperibahasa

Kelapa Muda Tak Berminyak

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang muda belum banyak pengalaman tidak seperti orang tua.

Categories Peribahasa

Kelapa Tebal Sabut, Terhempas Ke Batu Tak Pecah, Dibuang Ke Laut Tak Tenggelam

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang banyak anak dan cucu akan selamat hidupnya kerana dikasihi oleh kaum kerabat serta saling menolong.

Categories Peribahasa

Kelarai Sesat Taja

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Pekerjaan yang dari mulanya sudah salah.

Categories Peribahasa

Ke Laut Meracik Ikan, Tersenyum Siput; Ke Hutan Memancing Punai, Tertawa Badak

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perbuatan yang tidak mengikut aturan akan ditertawakan orang.

Categories Peribahasa

Keldai Hendak Dijadikan Kuda

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang bodoh hendak dianggap seperti orang pandai.

Categories Peribahasa

Kelebihan Ikan Radai, Kelebihan Manusia Akal

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Setiap sesuatu ada kelebihan masing-masing.

Categories Peribahasa

Kelekati Memanjat Peran, Belum Mati Belum Jeran

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Terlalu gemar akan sesuatu yang membahayakan diri dan akan meninggalkannya setelah ditimpa bencana.

Categories Peribahasa

Kelekatu Hendak Terbang Ke Langit

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang tidak mungkin berhasil.

Categories Peribahasa

Kelik-Kelik Di Dalam Baju

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Musuh yang dekat boleh membahayakan secara senyap-senyap.

Categories Peribahasa

Kelip-Kelip Terbang Malam

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Hendak menyembunyikan rahsia yang tidak dapat ditutup.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page180 Page181 Page182 … Page367 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!