Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

admineperibahasa

Matahari Itu, Gunung Dan Lembah Sama Diteranginya

June 24, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Pemerintahan yang adil menjalankan hukuman yang sama rata.

Categories Peribahasa

Matahari Tengah Gerhana

June 24, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Berwajah muram kerana berdukacita.

Categories Peribahasa

Mati Anak Berkalang Bapa, Mati Bapa Berkalang Anak

June 24, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Anak dan bapa mestilah tolong-menolong pada masa kesusahan.

Categories Peribahasa

Mati Ayam, Mati Tungaunya

June 24, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Apabila ketua mendapat celaka, para pengikut akan turut merasainya.

Categories Peribahasa

Mati Badan Dikandung Tanah, Nama Beredar Ke Mana-Mana

June 24, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Walaupun badan telah hancur dikandung tanah, namun nama yang baik dikenang juga.

Categories Peribahasa

Mati Berkapan Cindai

June 24, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Mati dengan nama yang baik.

Categories Peribahasa

Mati Dicatuk Katak

June 24, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang berkuasa dikalahkan oleh orang yang lemah.

Categories Peribahasa

Mati Enau Tinggal Di Rimba

June 23, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Jika orang hina mati, namanya tidak akan disebut-sebut orang lagi.

Categories Peribahasa

Mati Gajah Meninggalkan Gading, Mati Manusia Meninggalkan Nama

June 23, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang kaya meninggalkan harta, orang alim meninggalkan ilmu, dan orang berjasa meninggalkan nama yang baik.

Categories Peribahasa

Mati Gajah Tiada Dapat Belalainya, Mati Harimau Tiada Dapat Belangnya

June 23, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang dagang itu tidak sama haknya dengan anak negeri.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page212 Page213 Page214 … Page367 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!