Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

admineperibahasa

Mercun Buluh Senapang Bambu, Kepada Saya Jangan Dituju

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Menggertak dengan sesuatu yang kosong.

Categories Peribahasa

Merebut Temiang Pecah

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Bergaduh sehingga cedera kerana merebutkan sesuatu.

Categories Peribahasa

Merekah Diri Bak Buah Delima

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Membuka rahsia diri sendiri.

Categories Peribahasa

Merenangi Laut Lepas

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Pergi merantau tanpa tujuan.

Categories Peribahasa

Meriba Puan Kosong

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Berkahwin dengan gadis yang telah rosak maruahnya.

Categories Peribahasa

Meruncing Tanduk Kerbau

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Memberi perangsang kepada orang yang memang jahat.

Categories Peribahasa

Meski Ke Langit Akan Menjemur, Kalau Hari Tidak Panas Tidak Juga Kering

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Jika nasib tidak baik, walau bagaimana sekalipun usaha yang dilakukan tidak untung juga.

Categories Peribahasa

Meskipun Tertimbun Di Dalam Tanah, Namun Teras Timbul Juga

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang berbudi baik itu sekalipun dalam keadaan melarat akan tetap berbudi dan berhati mulia.

Categories Peribahasa

Mimpi Permainan Tidur

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Jangan percaya kepada mimpi.

Categories Peribahasa

Minta Darah Pada Daing

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Meminta pertolongan daripada orang yang tidak berupaya untuk menolong.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page240 Page241 Page242 … Page367 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!