Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

admineperibahasa

Orang Sukar Baharu Kaya

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang hina menjadi sombong kerana beroleh kejayaan.

Categories Peribahasa

Orang Tua Diajar Makan Dadih

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Mengajar orang yang sudah tahu.

Categories Peribahasa

Orang Tempang Jangan Dicacat, Ingat-Ingat Hari Belakang

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kecelakaan orang janganlah terlalu dikata. Barangkali suatu masa nanti kita akan mengalami nasib yang serupa.

Categories Peribahasa

Orang Tua Diajar Makan Pisang

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Sia-sia mengajar orang telah pandai.

Categories Peribahasa

Orang Tua Tak Akan Kehilangan Tongkat Dua Kali

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang cerdik tidak akan tertipu dua kali.

Categories Peribahasa

Orang Yang Kenyang Jika Dijamu Lauk Yang Sedap Sekalipun Dikatakan Tawar Juga

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Pemberian yang tidak dikehendaki tidak akan dihargai.

Categories Peribahasa

Orang Yang Menunggu Perigi Itu Bilakah Ia Mati Dahaga?

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang hampir dengan orang yang berilmu atau kaya, tidak mungkin jadi bodoh atau susah.

Categories Peribahasa

Orang Yang Puru Gatal Tubuhnya Nescaya Menggaru Juga Kerjanya

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Sesuatu perbuatan jahat itu tidak dapat disorokkan.

Categories Peribahasa

Orang Yang Selancaran Alu, Atap Berjahit, Bendul Yang Tertekan

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perkauman yang dekat menurut adat.

Categories Peribahasa

Otak Telur Bukan Otak Minyak

June 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perihal seseorang yang amat bodoh dan beku otaknya.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page252 Page253 Page254 … Page367 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!