Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

admineperibahasa

Berbukit Di Balik Pendakian

July 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kesusahan yang bersilih ganti.

Categories Peribahasa

Berbuku Dalam Hati

July 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Terasa di dalam hati atau rasa tidak puas hati.

Categories Peribahasa

Berbunga Sama Berbunga, Yang Lain Berbuah, Dia Tidak

July 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Mengandung tetapi selalu keguguran.

Categories Peribahasa

Berbunyi Batu Berbunyilah Dia

July 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Tidak dapat berkata-kata kerana tembelangnya sudah pecah.

Categories Peribahasa

Berburu Kucing Di Dapur

July 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perihal anak muda dan gadis yang tinggal serumah dan membuat hubungan haram.

Categories Peribahasa

Bercabang Bagai Lidah Biawak

July 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Tidak dapat dipercayai kata-katanya.

Categories Peribahasa

Bercakap Memandang-Mandang, Silap Lidah Jiwa Hilang

July 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Berhati-hati ketika memperkatakan hal orang.

Categories Peribahasa

Bercampur Dengan Pemaling, Sekurang-Kurangnya Jadi Pencecak

July 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Bercampur dengan orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit akan jadi jahat juga.

Categories Peribahasa

Bercerai Demam Berbaur Muntah

July 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang berkeluarga kalau berpisah akan kerinduan tetapi kalau sentiasa bersama berasa bosan.

Categories Peribahasa

Bercerai Tidak Bertalak, Bernikah Tidak Berkadi

July 19, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Bersekedudukan tanpa nikah.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page67 Page68 Page69 … Page367 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!