Dacing Palingan Tangan, Lidah Palingan Hati

Maksud : Pendirian seseorang itu dapat berubah-ubah dan kata-kata di mulut tidak sama dengan hati. Contoh Ayat : Pada mulanya dia bersetuju dengan cadangan itu, tetapi tidak lama kemudian dia membantah pula kerana dacing palingan tangan, lidah palingan hati.

Dada Manusia Tidak Dapat Diselami

Maksud : Fikiran atau isi hati seseorang tidak dapat diduga. Contoh Ayat : Walaupun dia sentiasa tersenyum dan kelihatan ceria, tiada siapa mengetahui masalah yang dipendamnya kerana dada manusia tidak dapat diselami.