Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Peribahasa

Destar Habis, Kopiah Luluh

July 11, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Menanggung kerugian yang besar; menderita kemalangan terus-menerus.

Categories Peribahasa

Destar Hancur, Kopiah Hancur

July 11, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perihal perbuatan yang kurang hemat menyebabkan kerugian.

Categories Peribahasa

Dialas Bagai Memengat

July 11, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Berkata dengan cukup alasan.

Categories Peribahasa

Diam-Diam Lepu

July 11, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Musuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan.

Categories Peribahasa

Diam Di Laut, Masin Tidak; Diam Di Bandar, Tidak Meniru

July 11, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Tidak menghiraukan segala perubahan terutama perubahan yang baik.

Categories Peribahasa

Diam Ubi Berisi, Diam Penggali Berkarat

July 11, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Diam orang berilmu untuk kebaikan atau berfikir sedangkan diam orang bodoh tidak berguna, malah menambahkan kebodohan.

Categories Peribahasa

Diam Ubi Lagi Kental, Diam Besi Lagi Sentil

July 11, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Diam orang berilmu itu berfikir, diam orang bodoh sia-sia sahaja.

Categories Peribahasa

Dianjak Layu, Dianggur Mati

July 11, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Sesuatu kebenaran atau nasihat yang tidak dapat diubah lagi. Jika diubah akan merosakkan kebenaran itu.

Categories Peribahasa

Dianjak Layu, Dicabut Mati

July 11, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi.

Categories Peribahasa

Dianjung Seperti Payung, Diambak Seperti Kasur

July 11, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Terlalu sangat dimuliakan atau dihormati (orang besar-besar).

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page106 Page107 Page108 … Page363 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!