Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Peribahasa

Dikulum Menjadi Manikam, Dimuntah Menjadi Sekam

July 10, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.

Categories Peribahasa

Dikunyah Patah Gigi, Ditelan Sembelit

July 10, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Membuat sesuatu pekerjaan tanpa pengetahuan tentu sia-sia.

Categories Peribahasa

Dilahir Serupa Tidak, Dibatin Menggunting Angin

July 10, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Berpura-pura; zahirnya tidak suka tetapi hati hendak lebih lagi.

Categories Peribahasa

Dilambai Tidak Nampak, Diseru Tidak Dengar

July 10, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Tidak mahu mendengar nasihat orang.

Categories Peribahasa

Dilapur Ayam Betina

July 10, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Dikalahkan oleh perempuan.

Categories Peribahasa

Di Laut Angkatan, Di Darat Kerapatan

July 10, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kekuatan di laut dengan angkatan perang, kekuatan di darat dengan perpaduan.

Categories Peribahasa

Dilengahkan Beruk Berayun

July 10, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Asyik akan sesuatu yang tiada gunanya.

Categories Peribahasa

Dilihat Galas Berlaba, Dihitung Pokok Termakan

July 10, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Nampak lahirnya untung tetapi sebenarnya rugi.

Categories Peribahasa

Dilihat Si Pulut, Ditanak Berderai

July 10, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Pada lahirnya berlainan dengan keadaan sebenarnya; kelihatan seperti orang kaya tetapi sebenarnya miskin.

Categories Peribahasa

Di Luar Bagai Madu, Di Dalam Bagai Hempedu

July 10, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Tipu muslihat biasanya dilakukan dengan kata-kata yang manis.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page111 Page112 Page113 … Page363 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!