Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Peribahasa

Empat Gasal, Lima Genap, Dikendur Berdenting-Denting, Ditegang Berjela-Jela

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Tutur kata orang yang bijaksana itu selalu tersembunyi maksud yang tersirat.

Categories Peribahasa

Empat Sudah Bersimpul Satu

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang, iaitu yang berilmu, berakal, mahir, dan rajin.

Categories Peribahasa

Enak Lauk Dikunyah-Kunyah, Enak Kata Diperkatakan

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Nasihat yang baik perlu diulang menyebutnya.

Categories Peribahasa

Enau Dalam Belukar, Melepaskan Pucuk Masing-Masing

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang mementingkan diri sendiri; tidak bermuafakat dalam sesuatu perbincangan, berpegang pada pendapat masing-masing sahaja.

Categories Peribahasa

Enau Mencari Sigai

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perempuan mencari lelaki.

Categories Peribahasa

Enau Sebatang Dua Sigainya

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Seorang perempuan menduakan suaminya atau suatu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang.

Categories Peribahasa

Enggan Berdayung Hanyut Serantau

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Jika tidak tahu dan malas berusaha, celaka akan menimpa sekaum.

Categories Peribahasa

Enggan Seribu Daya, Mahu Sepatah Kata

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Jika tidak mahu biasanya banyaklah soal jawabnya, tetapi jika hendak sedikit sahaja jawabnya.

Categories Peribahasa

Enggang Apa Kepada Enggang, Orang Apa Kepada Orang

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Senang dan susah kita, kita yang merasakannya, susah dan senang orang, orang itulah yang merasai atau masing-masing menjaga hal sendiri.

Categories Peribahasa

Enggang Lalu Aral Jatuh, Anak Raja Mati Ditimpanya

July 4, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Menerima akibat kerana kebetulan berada di tempat kejadian itu.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page123 Page124 Page125 … Page363 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!