Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Peribahasa

Gajah Mati, Tulang Setimbun

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang kaya yang mati akan meninggalkan harta yang banyak.

Categories Peribahasa

Gajah Memamah Aris, Baik Diikat Kera Kecil Yang Memakan Buah Kayu

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Daripada mengharapkan yang besar dan menyusahkan, baik diterima sahaja yang kecil dan tidak menyusahkan.

Categories Peribahasa

Gajah Pengangkut Lada, Kuda Pelejang Bukit

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Anak muda yang menjadi perkakas atau pesuruh orang.

Categories Peribahasa

Gajah Rompong Belalai

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Raja yang tidak berkuasa.

Categories Peribahasa

Gajah Sama Gajah Berjuang, Pelanduk Mati Di Tengah-Tengah

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kalau orang-orang besar berselisih, rakyat yang akan mendapat susah.

Categories Peribahasa

Gajah Seekor Gembala Dua

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Suatu pekerjaan mempunyai dua ketua atau dua orang lelaki mencintai seorang perempuan.

Categories Peribahasa

Gajah Terdorong Kerana Gadingnya, Harimau Terlompat Kerana Belangnya

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Berbuat sesuatu yang kurang baik kerana kelebihan yang ada pada dirinya.

Categories Peribahasa

Gajah Terdorong Kerana Kuatnya

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perbuatan salah laku pembesar kerana kuasa yang ada padanya.

Categories Peribahasa

Gajah Turun Di Tengah Rumah

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Menerima kesusahan kerana menerima tetamu agung.

Categories Peribahasa

Galas Habis Senggulung Tandas, Lamun Dihitung Rugi Jua

July 3, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Pekerjaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page127 Page128 Page129 … Page363 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!