Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Peribahasa

Harapkan Anak, Buta Mata Sebelah; Harapkan Teman, Buta Kedua-Duanya

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Sesuatu pekerjaan harus diawasi sendiri, jangan diserahkan kepada orang lain.

Categories Peribahasa

Harapkan Burung Terbang Tinggi, Punai Di Tangan Dilepaskan

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Oleh sebab mengharapkan keuntungan besar yang belum tentu dapat, keuntungan yang kecil dilepaskan.

Categories Peribahasa

Harapkan Guntur Di Langit, Air Tempayan Dicurahkan

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Mengharapkan keuntungan besar yang belum pasti, harta di tangan dilepaskan.

Categories Peribahasa

Harapkan Kuning Buah Kambeh, Cangkuk Terubuk Ditinggalkan

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Oleh sebab mengharapkan keuntungan besar yang belum tentu, keuntungan kecil yang sudah di tangan dilepaskan.

Categories Peribahasa

Harapkan Si Untut Menggamit Kain Koyak Diupahkan

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Percaya kepada orang yang malas.

Categories Peribahasa

Harap Lenggang Serdadu, Destar Teleng, Belanja Kurang

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Cakap sahaja yang lebih tetapi bukti tiada.

Categories Peribahasa

Hari Baik-Baik (Pagi) Dibuang-Buang, Hari Buruk (Petang) Dikejar-Kejar

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Membiarkan peluang yang baik berlalu, kemudian apabila sudah terlambat baru terkejar-kejar.

Categories Peribahasa

Harimau Bertempik Tak Akan Makan Orang

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang terjerit-jerit marah biasanya tidak akan mencederakan orang lain.

Categories Peribahasa

Harimau Ditakuti Sebab Giginya

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang berpangkat itu ditakuti sebab kuasanya.

Categories Peribahasa

Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang jahat mati meninggalkan nama jahat, orang baik mati meninggalkan nama baik.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page135 Page136 Page137 … Page363 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!