Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Peribahasa

Hidung Dicium, Pipi Digigit

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kasih sayang yang pura-pura; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik.

Categories Peribahasa

Hidung Sudah Rampung Diatur

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang bodoh yang sombong, tidak sedar bahawa dirinya diperbodohkan oleh orang lain.

Categories Peribahasa

Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-Sorong

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang mencampuri urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri.

Categories Peribahasa

Hidup Dikandung Adat, Mati Dikandung Tanah

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Hidup hendaklah mengikut peraturan dan kebiasaan yang berlaku, setelah mati terserahlah kepada hukum Tuhan.

Categories Peribahasa

Hidup Di Hujung Gurun Orang

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Seseorang yang hidup melarat.

Categories Peribahasa

Hidup Dua Muara

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Hidup dengan dua macam pencarian.

Categories Peribahasa

Hidup Kayu Berbuah, Hidup Manusia Biar Berjasa

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Ketika hidup hendaklah berbuat baik kepada diri sendiri dan masyarakat.

Categories Peribahasa

Hidup Sandar-Menyandar Umpama Aur Dengan Tebing

July 2, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Sahabat setia yang saling menolong; suami isteri yang berkasih-kasihan.

Categories Peribahasa

Hidup Segan Mati Tak Mahu

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang hidup melarat kerana kemiskinan atau selalu sakit.

Categories Peribahasa

Hidup Tidak Kerana Doa, Mati Tidak Kerana Sumpah

July 1, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Berusahalah dengan menggunakan tenaga dan fikiran sendiri dan jangan terlalu mengharapkan pertolongan orang lain.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page139 Page140 Page141 … Page363 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!