Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Peribahasa

Jauhari Juga Yang Mengenal Manikam

June 29, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Hanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui tentang keelokan sesuatu atau ilmu.

Categories Peribahasa

Jauh Bau Bunga, Dekat Bau Tahi

June 29, 2026 by admineperibahasa

Maksud: Berkasih-kasihan itu lebih mesra dan rapat sekiranya berjauhan. Apabila berdekatan akan berlaku pelbagai rasa tidak puas hati dan hilang kemesraan.

Categories Peribahasa

Jauh Berjalan Banyak Dilihat, Lama Hidup Banyak Dirasa

June 29, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Banyak pengalaman.

Categories Peribahasa

Jauh Boleh Ditunjukkan, Dekat Boleh Dikakokkan

June 29, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kebenaran yang nyata; kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji kerana ada tanda dan buktinya.

Categories Peribahasa

Jauh Di Mata, Dekat Di Hati

June 29, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Walaupun jauh tetapi sentiasa diingati.

Categories Peribahasa

Jauh Di Mata, Di Hati Jangan

June 29, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Walaupun berjauhan, namun janganlah saling melupakan.

Categories Peribahasa

Jauh Menyalak Kuat, Dekat Mencawat Ekor

June 29, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang berani bercakap besar di belakang sahaja.

Categories Peribahasa

Jauh Panggang Dari Api

June 29, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Jawapan atau sindiran kepada yang tidak kena atau jauh daripada yang diharapkan.

Categories Peribahasa

Jauh Tak Terjelang, Dekat Tak Tertandangi

June 29, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Tidak mengunjungi keluarga (sahabat) yang jauh mahupun dekat (kerana sudah tua, banyak pekerjaan, dan lain-lain).

Categories Peribahasa

Jejak Dapat Dihilangkan, Belang Bagaimana Hendak Menghilangkan?

June 29, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kesan perbuatan jahat dapat dihilangkan, tetapi tabiat tidak dapat dihilangkan dengan mudah.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page157 Page158 Page159 … Page363 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!