Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Peribahasa

Jika Kepalanya Ular, Takkan Ekornya Belut

June 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Yang jahat itu tetap jahat.

Categories Peribahasa

Jikalau Air Racun, Rembesnya Racun Juga

June 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga.

Categories Peribahasa

Jikalau Beranak Ikut Kata Bidan

June 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Jika hendak akan sesuatu daripada orang lain, hendaklah dituruti apa-apa yang dikatakannya.

Categories Peribahasa

Jikalau Di Hulu Airnya Keruh, Tak Dapat Tidak Di Hilirnya Keruh Juga

June 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Jika perundingan itu kusut pada awalnya, akan buntulah kesudahannya.

Categories Peribahasa

Jikalau Duduk Di Atas Ciau Emas Sekalipun, Namun Hati Tiada Senang Juga

June 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Walaupun mewah tetapi jika hati susah, hidup tidak senang juga.

Categories Peribahasa

Jikalau Kerana Sebuah Dusun Maka Binasa Negeri, Haruslah Dusun Itu Dibuangkan

June 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang menyebabkan kacau-bilau di sesuatu tempat hendaklah dinyahkan supaya seluruh tempat itu tidak turut kacau.

Categories Peribahasa

Jikalau Menampi Jangan Tumpah Padinya

June 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Memilih sesuatu hendaklah berhati-hati agar yang berguna tidak terbuang.

Categories Peribahasa

Jikalau Pandai Menggulai, Badar Pun Menjadi Tenggiri

June 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang pandai dapat mengerjakan sesuatu dengan baik walaupun kelengkapannya kurang.

Categories Peribahasa

Jikalau Sepohon Kayu Banyak Akarnya Lagi Teguh, Apakah Ditakutkan Ribut?

June 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.

Categories Peribahasa

Jikalau Tidak Berada-Ada, Masakan Tempua Bersarang Rendah

June 28, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Tentu ada sebabnya seseorang itu bertindak sedemikian.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page160 Page161 Page162 … Page363 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!