Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Peribahasa

Kalau Kahwin Ke Batubara, Kalau Mati Ke Melaka

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perihal orang yang mencari enak dan senang sahaja.

Categories Peribahasa

Kalau Kail Panjang Sejengkal, Jangan Lautan Hendak Diduga

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Pengetahuan atau kebolehan yang sedikit jangan hendak melawan sesuatu yang besar.

Categories Peribahasa

Kalau Kena Tampar, Biar Dengan Tangan Yang Bercincin, Kalau Kena Tendang, Biar Dengan Kaki Yang Berkasut

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Berbantah janganlah dengan orang yang jauh lebih rendah darjatnya kerana kalau menang tiada apa-apa keistimewaannya, tetapi kalau kalah akan mendapat malu yang berpanjangan.

Categories Peribahasa

Kalau Kerbau Sekawan Dapat Dikawali, Manusia Seorang Tiada Dapat Dimaklumi

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Sangat sukar untuk memahami manusia kerana berlainan pendapatnya.

Categories Peribahasa

Kalau Kucing Keluar Tanduk Barulah Ayam Boleh Bersusu

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perkara yang mustahil.

Categories Peribahasa

Kalau Kucing Tidak Bermisai Tikus Tidak Akan Takut Lagi

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang besar yang hilang pangkatnya tidak akan disegani lagi.

Categories Peribahasa

Kalau Laba Bercikun-Cikun, Buruk Diberitahu Orang

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Berdiam diri sahaja kalau dalam kesenangan tetapi meminta pertolongan daripada orang lain apabila berada dalam kesusahan.

Categories Peribahasa

Kalau Langit Hendak Menimpa Bumi, Bolehkah Ditahan Dengan Telunjuk?

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang kecil tidak dapat menahan kehendak orang besar-besar.

Categories Peribahasa

Kalau Mahu Seribu Daya, Kalau Tak Mahu Seribu Dalih

June 27, 2026 by admineperibahasa

Kalau Taknak Seribu Daya, Kalau Taknak Seribu Dalih

Categories Peribahasa

Kalau Menampi Jangan Tumpah Padinya

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kalau memilih sesuatu, jangan pula yang berguna terbuang.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page166 Page167 Page168 … Page363 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!