Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Peribahasa

Antara Dua Tengah Tiga

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang sakit yang hampir mati.

Categories Peribahasa

Apabila Orang Miskin Menghendaki Wang Dia Dapat Anak, Apabila Orang Kaya Menghendaki Anak Dia Dapat Wang

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yang berkuasa ialah Allah jua.

Categories Peribahasa

Apa Boleh Buat, Biar Sakit Dahulu Senang Kemudian

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Biarlah bekerja berat dahulu untuk mendapat kesenangan kemudian hari.

Categories Peribahasa

Apa Boleh Buat, Nasi Sedap Menjadi Tawar

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Apabila hati seseorang itu telah rosak atau terluka, perangainya akan berubah.

Categories Peribahasa

Apa Boleh Buat, Sakit Menimpa Sesal Terlambat

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Sudah terlanjur tidak dapat diubah lagi.

Categories Peribahasa

Apa Digaduhkan, Pengayuh Sama Di Tangan, Perahu Sama Di Air

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Jika kedua-duanya menghajati benda yang satu, hendaklah berjuang atau bertanding supaya dapat menentukan pihak yang layak memilikinya.

Categories Peribahasa

Apa Gunanya Bulan Terang Di Dalam Hutan, Jikalau Di Dalam Negeri Betapa Baiknya

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan dalam majlis supaya orang dapat mengambil manfaatnya.

Categories Peribahasa

Apakah Gunanya Kemenyan Sebesar Tungku, Kalau Tidak Dibakar

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Tidak ada gunanya ilmu pengetahuan jika hanya disimpan dan tidak diajarkan kepada orang lain.

Categories Peribahasa

Apa Gunanya Merak Mengigal Di Hutan

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Tidak ada gunanya menunjukkan kepandaian kepada orang bodoh dan tidak tahu menilai.

Categories Peribahasa

Apa Kurang Pada Belida

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang kaya tidak akan kekurangan tetapi orang miskin juga yang menjadi mangsa.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page16 Page17 Page18 … Page363 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!